Bagaimana untuk membedung bayi
Apakah maksudnya membedung bayi?
Membedung ialah seni purba di mana bayi dibungkus dengan kemas untuk membantunya terasa selamat dan terjaga. Ianya boleh menghindarkan dia daripada diganggu oleh refleks penyentakan badannya sendiri (sentakan badan yang agak menakutkan itu, yang dikenali sebagai kejutan hipnagogik, sebenarnya adalah paling normal). Bedung juga boleh membantu mententeramkan bayi apabila dia terlalu terangsang.Pastikan bayi tidak lapar atau basah sebelum anda bermula dan pastikan anda tidak menutup muka atau kepalanya sebab dia boleh menjadi terlalu panas. Jika bayi anda dibedung, dia mungkin tidak memerlukan selimut lagi.
Hentikan bedung sebaik sahaja bayi anda mencapai usia kira-kira satu bulan, sebab, selepas itu, bedung boleh mengganggu pergerakan dan pembesarannya. Apabila bayi anda mula menendang buang kain selimut, itu satu petanda yang dia tidak lagi mahu dibedung begitu rapi!
Bagaimana saya membedung bayi saya?
Ambillah langkah-langkah berikut.- Letakkan helain kain benang kapas atas satu permukaan yang rata dan lipatkan sudut di sebelah kanan kira-kira 15cm ke bawah.
- Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya atas lipatan tadi.
- Tarik sudut terdekat dengan lengan kirinya, sambil menutupi badannya, dan masukkan bahagian depan di bawah lengan kanannya dan mengelilingi belakang bayi.
- Tarik sudut di hujung bawah ke atas hingga sampai ke bawah dagunya.
- Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakangnya di sebelah kiri.
Galeri foto kami juga menyediakan langkah satu persatu tentang bagaimana membedung.
Read more: http://www.babycenter.com.my/a1050020/bagaimana-untuk-membedung-bayi#ixzz2EK7Qdnaj

Memahami tidur bayi anda
Banyak manakah tidur yang diperlukan bayi?
Bayi memerlukan lebih banyak tidur daripada orang dewasa semasa usia awal mereka. Secara purata, bayi bawah tiga bulan tidur dua kali lebih banyak daripada ibubapa mereka tetapi separuh itu dilakukan di siang hari.Namun, bayi muda tidak mengambil tidur ini dalam satu tempoh masa panjang, sebab mereka perlu bangun untuk makan. Sehingga tiga bulan, bayi tidur sepanjang hari mengikut satu kitaran tidur-bangun, dengan tempoh tidur yang lebih lama di waktu malam.
Panjang kitaran ini amat berbeza antara bayi, tetapi secara purata, bayi anda akan tidur dalam blok dua jam di siang hari dan empat hingga enam jam di waktu malam. Dapatkan maklumat lanjut tentang banyak mana tidur diperlukan bayi anda.
Apakah fasa-fasa tidur?
Sama seperti kita dewasa, bayi melalui fasa-fasa tidur. Walaupun ramai kita merasakan kita tidur secara tidur mati, sebenarnya, kita tidak menjalani tidur nyenyak sepanjang malam, untuk bangun di waktu pagi.Sebaliknya, kita "berpusing" melalui beberapa peringkat tidur, yakni menurun dari fasa mengantuk masuk tidur ringan dan tidur mimpi, sebelum ke fasa tidur nyenyak. Setelah melalui semua ini kita kembali naik ke atas menerusi tidur mimpi dan tidur ringan hingga sampai ke permukaan tidur, sebelum menurun semula.
Tidur mimpi juga dikenali sebagai tidur gerak mata cepat, atau REM (rapid eye movement). Bayi dan orang dewasa melalui kitaran tidur ini sebanyak lima kali sehari.
Fasa-fasa tidur ini menjelma dalam bayi sebelum mereka dilahirkan. Bayi anda telahpun mengalami tidur mimpi semasa dia dalam uterus apabila anda mengandungkan dia enam atau tujuh bulan.
Anda akan dapat melihat perbezaan antara tidur mimpi dan tidur bebas-mimpi yang dimanifestikan olehnya sekarang dengan mudah. Dalam tidur mimpi, anda boleh lihat matanya melompat ke depan dan ke belakang di bawah kelopak mata, manakala lain bahagian badan berdiam tetapi kadangkala berlaku sentakan, di samping pernafasan yang tidak teratur.
Dalam tidur tanpa mimpi, atau tidur lena, bayi anda akan bernafas secara mendalam dan teratur, kadangkala dengan kelohan. Dia akan berbaring diam-diam, dengan melakukan gerakan kecil mulut menghisap atau tergeramang dengan tiba-tiba. Gerakan tergeramang keseluruhan badan secara tiba-tiba ini diberi nama kejutan hipnagogik dan adalah normal.
Ia berlaku bagi kanak-kanak lebih tua dan orang dewasa juga, selalunya semasa anda baru nak lelap. Walaupun tidur diam tanpa mimpi sudah mantap dalam bayi baru lahir, ini berlaku untuk tempoh-tempoh singkat bukan secara terus-menerus seperti kanak-kanak tua dan orang dewasa. Semasa bulan pertama hidupnya, tidur diam menjadi semakin berterusan dan tergeramang juga akan hilang.
Banyakkah bayi saya bermimpi?
Bayi muda mempunyai lebih banyak tidur mimpi daripada orang dewasa. Mengikut pakar tidur AS, Dr Richard Ferber, bayi pramatang menghabiskan sekitar 80 peratus masa dalam tidur mimpi REM dan 50 peratus menjelang cukup bulan. Ini jatuh ke 33 peratus menjelang usia tiga tahun dan mencapai peringkat orang dewasa, iaitu 25 peratus menjelang 10 hingga 14 tahun.Tidur mimpi dianggap satu masa penting untuk membolehkan semua pengalaman kita difailkan, oleh itu, memang penting untuk bayi yang sedang membesar dan berkembang cepat.
Bagaimanakah tidur bayi bertukar nanti?
Antara tiga bulan dan setahun bayi anda akan tidur lebih banyak lagi di waktu malam dan semakin kurang di waktu siang. Pada tiga bulan secara purata, dia akan tidur dua kali lebih banyak di waktu malam berbanding siang.Tempoh tidur sekejap waktu siang akan menjadi lebih panjang dan kurang kerap menjelang enam bulan. Pada masa ini, kebanyakan bayi tidur 12 jam di waktu malam, dengan bangun sebentar hanya sekali-sekala dan di siang hari dia tidur dua kali selama satu atau dua jam.
Menjelang 12 bulan kebanyakan bayi tidur sejumlah 12 hingga 14 jam, termasuk tidur siang sekali. Pada tahun berikutnya, tidur siang mungkin tiada lagi.
Bagaimana saya boleh mengendalikan tidur siang bayi?
Mengendalikan tidur siang bayi adalah penting untuk memupuk amalan tidur yang baik. Jika bayi anda tidur lewat pada siang hari ini akan menjejaskan tidurnya di waktu malam nanti. Sebabnya mungkin banyak daripada kerja "menfailkan" stimulasi bagi hari itu ke dalam mimpi bayi telah selesai dilakukan semasa tidur siang. Ini bermakna "bakul menfailkan" mimpi sudah agak kosong untuk tidur malam.Sebab itu wajar diaturkan tidur siang utama bayi awal di siang hari dan tengah hari, dan apabila bayi lebih tua, aturkan tidur siang utama dia sesudah sahaja makan tengah hari, untuk membolehkan jarak yang panjang untuk dia berjaga sebelum tidur malam. Dengan cara ini, dia mempunyai cukup masa untuk membina storan pengalaman baru untuk difailkan.
Apakah ritma tidur natural bayi saya?
Kebanyakan bayi secara fizikal mampu tidur sepanjang malam dari umur enam bulan, walaupun terdapat variasi besar antara bayi. Bayi baru lahir pun sudah pernah mengalami malam yang panjang dan sepi.Mereka telah lama mendengar bunyi-bunyian keluarga anda melalui dinding uterus (rahim) dua bulan sebelum dilahirkan. Jangan bimbang bising sehingga berjengket-jengket bergerak dalam rumah di siang hari, sebab bunyi-bunyian keluarga yang dikenali itu amat menenangkan bayi baru anda.
Sama seperti anda, kitaran tidur-berjaga bayi anda ada kaitannya dengan ritma penyusuan hariannya, suhu badan dan pengeluaran hormon. Semua ini mempengaruhi kitaran biologi natural, atau ritma sirkadian, yang dilalui oleh badan kita setiap 24 jam. Kita tertidur apabila tahap hormon adrenal dan suhu jatuh, kemudian kita bangun dari tidur apabila tahap hormon dan suhu badan naik kembali.
Sebenarnya agak susah untuk tidur apabila tahap hormon dan suhu badan kita tinggi dan sukar juga untuk bangun berjaga jika ianya rendah. Inilah sebabnya kita mendapat gangguan ritma harian apabila kita merentasi zon-zon waktu dengan penerbangan udara, dan mengapa pekerja syif perlu berlatih supaya dapat mengatasi keperluan waktu kerja mereka yang luarbiasa.
Setengah individu lebih cekap mengatur ini dari lain, yang juga menjelaskan mengapa sebilangan ibu dan bapa mengalami lebih banyak masalah mengendalikan bayi yang bangun malam berbanding ibubapa lain.
Apa kaitan penyusuan dan tidur?
Sama seperti kita, bayi berusia lebih dari tiga bulan perlu mempelajari bagaimana menutupkan sistem pencernaan mereka di waktu malam dan belajar bangun untuk sarapan pagi pada masa yang sama setiap hari. Sistem mereka akan menjadi bercelaru jika mereka memang mengharapkan akan dapat sebotol susu untuk membantu tidur di waktu malam. Yang menenangkan mereka ialah menghisap, tetapi susu yang dimakan perlu dicernakan juga.Pendekatan yang lebih praktikal ialah untuk mula mengasingkan penyusuan daripada tidur pada usia lebih kurang tiga bulan. Jika anda menyusu badan, cuba berikan bayi anda penyusuan akhir lebih awal di malam hari, atau di permulaan rutin tidur.
Jika anda menyusu botol, anda boleh mengurangkan jumlah formula yang diberikan semasa penyusuan akhir, dan menambahkan yang selebih itu kepada penyusuan di waktu siang. Pada masa sama, bayi boleh mula mempelajari tabiat tidur baru, seperti mandi, pakai pijama dan mendengar cerita atau lagu sebelum ditinggalkan untuk terlena dan tidur.
Apa harus saya lakukan supaya bayi saya tidur dengan sendiri?
Tentu tidak membantu jika anda berada bersama bayi semasa bayi mahu tidur, sebab dia akan asosiasikan anda dengan proses nak tidur. Ini bermakna dia akan mengharapkan kehadiran anda setiap kali dia naik semula ke permulaan pusingan kitaran tidur - jangan lupa jumlahnya lima kali!Oleh itu, beri ciuman selamat malam dan tinggalkan bilik. Jika perlu, jenguk masuk sekali-sekala dan sebut-sebutkan kata-kata tenang dan tepuk-tepukkan dia sehingga dia terus terlena. Bacalah lain strategi yang mungkin dapat membantu bayi anda tidur sepanjang malam.
Ditulis oleh Dr Olwen Wilson, pakar konsultan psikologi kanak-kanak di Royal Surrey County Hospital di UK dan mempunyai minat spesifik dalam masalah tidur di zaman kanak-kanak.
Read more: http://www.babycenter.com.my/a1045904/memahami-tidur-bayi-anda#ixzz2EK86Kmyx

Demam
Bayi saya demam. Adakah saya perlu risau?
Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah dari 36.5 darjah C sehingga 37.8 darjah C. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar, dan suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah C pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah C pada waktu petang.
Kenapa kita selalu demam?
Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel "pembersih" dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman.Bayi selalu demam selepas menerima imunisasi; demam juga boleh diikuti dengan selesema, flu, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia), krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari.
Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak?
Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 102 darjah F / 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 101 darjah F / 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau. Hubungi pakar pediatrik anda jika bayi anda berkelakuan aneh, jika tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa dan jika dia amat letih dan tidak menyusu. Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.
Apa maksud kekejangan febril?
Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril. Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, hubungi ambulans untuk membawa anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segeraSemasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. (Bayi anda tidak akan menelan lidahnya,) Hubungi doktor anda apabila serangan sudah reda.
Bagaimana saya boleh mengesan demam?
Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.
Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?
Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam:• Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
• Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
• Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
• Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.
• Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.
Apa yang perlu saya elakkan?
• Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.• Jangan biarkan anak anda kelaparan; bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.
• Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.
Read more: http://www.babycenter.com.my/a1029137/demam#ixzz2EK93tEbD
No comments:
Post a Comment